Pages

PROSES MENYEDIAKAN SESEBUAH PROJEK ELEKTRONIK YANG MUDAH.

Projek RF Control mampu kawal banyak litar elektrik , gambar di atas merupakan projek penerima RF Control yang mampu di kawal dengan jarak 100 meter, untuk bahagian Pemancar RF saya tidak paparkan dalam bab ini. Litar yang paling ringkas dan mampu di buat oleh siapa saja. Anda boleh kawal lampu dan motor hanya dengan projek litar RF Control.
 

Di sini saya nak tunjukkan bagaimana saya menyediakan litar PCB hanya dengan cetak lukisan litar pada glossy paper, kemudian bersihkan PCB dengan bahan pencuci seperti sabun.

Pelbagai jenis  glossy paper di pasaran , di sini saya nasihatkan supaya dapatkan yang agak nipis sedikit, ini bertujuan agar senang untuk proses transfer ke pcb dengan cara pemanasan.

Letak dengan menindih bahagian yang kita cetak litar, ingat! cetakan mesti menggunakan Printer Laser Jet Black. Sediakan Seterika yang sedang panas dengan kepanasan paling maksima.

Tekat dengan seterika pelahan lahan agar tidak terkoyak atau tertanggal malah tidak lari dari posisi awal kertas tersebut. Elak pemanasan terlalu lama pada satu bahagian sahaja, ratakan pemanasan tersebut sehingga anda boleh lihat kesan litar pada bahagian yang anda panaskan. Lebih kurang 5 minit.

Gambar ini hanya contoh bagi mengantikan pcb yang diatas, di sini saya cuma nak tunjukkan hasil yang anda akan dapat setelah siap proses pemanasan seterika dan setelah anda rendam dalam air untuk tanggalkan kertas tersebut dari pcb. Harus di ingat, sila rendam dalam masa 2 minit dan tanggalkan perlahan-lahan.

 Tanggalkan Ink Laser Jet dengan menggunakan kertas pasir yang agak hasul supaya tidak merosakkan litar pcb, pastikan tiada kesan Ink yang boleh menghalang permukaan yang akan di solder iaitu lubang kaki komponen.

Pcb dah siap di cuci dan di tebuk lubang, sekarang proses memasang komponen di lakukan.

Pcb siap di solder komponennya.

Berikutnya adalah proses memasang kedalam kotak plastik dan melakukan sedikit wireing.

seterusnya projek sedia untuk di uji. 
begitulah cara saya menyediakan projek elektronik dengan mudahnya dengan kos yang agak murah dari biasa.

2 comments:

  1. The casino is a scam and not trustworthy
    › gambling › the-casinodia 경기도 출장안마 › gambling 부천 출장안마 › the-casinodia Jan 18, 2020 — 속초 출장마사지 Jan 18, 2020 So when a casino in 평택 출장마사지 the Philippines has been operating under the guise of 안양 출장샵 a legitimate gambling The casino is licensed and regulated by the Government of India and has

    ReplyDelete