PROJEK IR SENSOR

 asas IR trigger

 PCB yang ringkas


projek yang ringkas siap pasang dalam kotak.
UJIAN LITAR 
Tidak semua litar kita boleh uji dengan menggunakan protues, harus di ingat, sekiranya anda mahu menguji litar yang telah siap di programkan output nya hanya led. atau display. Untuk ujian sensor, selalunya saya gunakan LDR sensor touch light. Macam gambar di bawah ni... Kita boleh tengok simulasi untuk beberapa jenis litar saja, yg lain kita ganti dengan led saja.


PROSES MENYEDIAKAN SESEBUAH PROJEK ELEKTRONIK YANG MUDAH.

Projek RF Control mampu kawal banyak litar elektrik , gambar di atas merupakan projek penerima RF Control yang mampu di kawal dengan jarak 100 meter, untuk bahagian Pemancar RF saya tidak paparkan dalam bab ini. Litar yang paling ringkas dan mampu di buat oleh siapa saja. Anda boleh kawal lampu dan motor hanya dengan projek litar RF Control.
 

Di sini saya nak tunjukkan bagaimana saya menyediakan litar PCB hanya dengan cetak lukisan litar pada glossy paper, kemudian bersihkan PCB dengan bahan pencuci seperti sabun.

Pelbagai jenis  glossy paper di pasaran , di sini saya nasihatkan supaya dapatkan yang agak nipis sedikit, ini bertujuan agar senang untuk proses transfer ke pcb dengan cara pemanasan.

Letak dengan menindih bahagian yang kita cetak litar, ingat! cetakan mesti menggunakan Printer Laser Jet Black. Sediakan Seterika yang sedang panas dengan kepanasan paling maksima.

Tekat dengan seterika pelahan lahan agar tidak terkoyak atau tertanggal malah tidak lari dari posisi awal kertas tersebut. Elak pemanasan terlalu lama pada satu bahagian sahaja, ratakan pemanasan tersebut sehingga anda boleh lihat kesan litar pada bahagian yang anda panaskan. Lebih kurang 5 minit.

Gambar ini hanya contoh bagi mengantikan pcb yang diatas, di sini saya cuma nak tunjukkan hasil yang anda akan dapat setelah siap proses pemanasan seterika dan setelah anda rendam dalam air untuk tanggalkan kertas tersebut dari pcb. Harus di ingat, sila rendam dalam masa 2 minit dan tanggalkan perlahan-lahan.

 Tanggalkan Ink Laser Jet dengan menggunakan kertas pasir yang agak hasul supaya tidak merosakkan litar pcb, pastikan tiada kesan Ink yang boleh menghalang permukaan yang akan di solder iaitu lubang kaki komponen.

Pcb dah siap di cuci dan di tebuk lubang, sekarang proses memasang komponen di lakukan.

Pcb siap di solder komponennya.

Berikutnya adalah proses memasang kedalam kotak plastik dan melakukan sedikit wireing.

seterusnya projek sedia untuk di uji. 
begitulah cara saya menyediakan projek elektronik dengan mudahnya dengan kos yang agak murah dari biasa.

Video Terkini Dari Electronan @ aznanhamad.



Projek ini hanya menggunakan 2 litar, litar suis sentuh dan litar pemasa. Pemasangannya agak ringkas, litar ini juga boleh digabungkan dengan microcontroller. Jika digabungkan ia mampu di kawal walaupun banyak pecahan channel suis.


Video pengujian litar IR Pemancar dan IR Penerima. Ia sangat sesuai di gunakan untuk pelbagai projek yang memerlukan sensor seperti ini, sebagai contoh robot pencuci lantai, apabila robot hampir belanggar dengan dinding, sensor akan menghantar signal ke microcontroller untuk mengubah haluan pegerakan robot. Mudah bukan, ia adalah sensor yang paling ringkas dan banyak gunanya.


Pengujian Projek Kekunci Pintu Kawalan Xbee Suara Jarak Jauh.



L
Projek Pilihan Untuk Paparan Anda

Projek Kawalan Jauh XBee


Projek lengkap di dalam kotak khas.
 

Penyambungan antara litar pcb yang sedia untuk di uji fungsinya.
 

Pengujian Projek Pintu Kawalan Jauh Menggunakan Suara.
 
Projek PIC Volt Meter 


Projek Pintu Kawalan RFID


Sekiranya anda berminat antara projek-projek di atas , sila klik butang Tempahan di atas.
Terima Kasih.

Rahsia Membina Litar

Sebagai contoh litar ini dapat membantu anda fahamkan apa yang saya maksudkan Rahsia Membina Litar. Dalam litar ini saya mahu anda fokuskan pada bahagian litar trigger transistor yang mengawal relay dan seterusnya motor. Lihat Litar di bawah ini .
 Ini adalah litar robot kawalan jauh, dalam litar ini saya tidak nyatakan litar RF dan Penerima. Di sini saya cuba menekankan litar kawalan motor yang menggunakan transistor 2N2222. Signal yang keluar dari PIC16F877A akan melalui resistor dan seterusnya akan masuk pin tengah base transistor, ini menyebabkan berlakunya proses trigger ataupun pincang hadapan yang menyebabkan voltan dari pin collettor transistor  akan terus masuk dan terus ke ground melalui pin emmitter transistor.


 Gambar di atas menunjukkan pin transistor 2N2222 dan litar contoh bagaimana transistor bekerja yang membolehkan LED bernyala.

Jumpa lagi dalam Siri seterusnya. Terima Kasih